Wednesday, May 14, 2008

matlamat


Sekolah ini pada mulanya ditubuhkan untuk menarik orang asli ke dunia luar dan mendedahkan mereka dengan persekitaran baru. Sehingga kini seramai 257 orang murid telah mengikuti pengajian di sekolah ini dan hampir 99% berjaya menamatkan persekolahan sekolah rendah. walau bagaimanapun masih terdapat keciciran dikalangan anak-anak ini. Oleh itu sekolah telah menjalankan satu projek yang dinamakan Mutiara Asli Sinar Bercahaya telah dilancarkan mulai tahun 2008. Program ini dirangka untuk mengelakkan keciciran dan menarik minat orang asli untuk menjadikan sekolah salah satu daripada budaya mereka disamping membasmi buta 3m di kalangan mereka. Salah satu daripada aktiviti yang dirangka oalah satu rumah satu mentor. Ini menyebabkan guru turun ke kampung-kampung di sekitar sekolah dan menjalinkan hubungan mesra dikalangan penduduk. Guru ini dijadikan anak angkat dan bermalam di rumah keluaraga angkat sebulan 1 kali. Ini sedikit sebanyak telah membantu guru mengesan keciciran di kalangan mereka.........

No comments: