Wednesday, May 14, 2008

matlamat


Sekolah ini pada mulanya ditubuhkan untuk menarik orang asli ke dunia luar dan mendedahkan mereka dengan persekitaran baru. Sehingga kini seramai 257 orang murid telah mengikuti pengajian di sekolah ini dan hampir 99% berjaya menamatkan persekolahan sekolah rendah. walau bagaimanapun masih terdapat keciciran dikalangan anak-anak ini. Oleh itu sekolah telah menjalankan satu projek yang dinamakan Mutiara Asli Sinar Bercahaya telah dilancarkan mulai tahun 2008. Program ini dirangka untuk mengelakkan keciciran dan menarik minat orang asli untuk menjadikan sekolah salah satu daripada budaya mereka disamping membasmi buta 3m di kalangan mereka. Salah satu daripada aktiviti yang dirangka oalah satu rumah satu mentor. Ini menyebabkan guru turun ke kampung-kampung di sekitar sekolah dan menjalinkan hubungan mesra dikalangan penduduk. Guru ini dijadikan anak angkat dan bermalam di rumah keluaraga angkat sebulan 1 kali. Ini sedikit sebanyak telah membantu guru mengesan keciciran di kalangan mereka.........

SK JERNANG


slamat datang ke jernang@memory/perak.
laman ini membawa anda melayari dan mengenali keajaiban salah satu sekolah pedalaman paling best di Malaysia. Sekolah yang terletak di tengah banjaran titiwangsa ini perlu melalui 20 km jalan hujan daripada Bandaraya Sungkai, Perak dan hanya boleh dilalui menggunakan kenderaan pacuan 4x4 sahaja. Sekolah ini ditunjangi oleh 13 orang guru yang berjiwa kental....hehehe dan ada diantara mereka yang telah be rkhidmat lebih daripada 10 tahun serta menangguhkan perturan kerana sayangnya mereka kepada sekolah ini.